Sunday, 31 January 2016

Cara Nak Guna Applikasi Telegram di Komputer/ Laptop (Telegram Web)




Pernah guna Telegram Messenger?

Selain Whatsapp, saya memang guna Telegram Messenger ni. Empayar MFMS memang gunakan Telegram sebagai platform untuk komunikasi/ perbincangan bersama berkaitan bisnes dan lain-lain. 

Program Now Everyone Can Kurus (NECK) yang saya join dulu pun gunakan Telegram sebagai medium perantara. Antara kebaikannya sebab boleh memuatkan lebih ramai ahli kumpulan (berbanding Whatsapp) iaitu 200 orang.
Ok, untuk kali ni saya nak share macam mana nak gunakan aplikasi Telegram ni di Desktop PC/ Komputer/ laptop. Korang mesti dah tau guna Whatsapp Web kan.. (ke taktau? Kalau taktau, next post saya share ok :)). Siapa yang dah pernah guna Whatsapp Web mesti dah tau kesenangannya untuk menaip masa chatting tu..  kalau guna phone, memang terkedek-kedek sikit menaip.

Actually sebelum-sebelum ni saya just guna Telegram for Desktop. Ni kena download software dulu dan install kat PC. Tapi yang saya kurang suka sebab kena link dengan mobile data di handphone.
Kalau dengan handphone kena USB tethering/ Hotspot lah kat PC. Kalau guna internet line yang lain (macam di ofis) memang tak boleh. Disconnected!





Sebelum ni just pernah guna Whatsapp Web yang mana memang menyenangkanlah nak balas whatsapp dari rakan-rakan. Dan yang penting masih boleh connect walaupun tidak link data dari handphone.

Bila di Google, rupanya wujud juga Telegram Web ni. Hehe baru tau huhu..

Fungsi yang sama macam Whatsapp Web. So boleh dah guna Telegram dengan line internet yang sedia ada. So hari ni saya nak share cara nak mula guna Telegram Web.

Tak perlu download atau install apa-apa software ke PC anda. Yang perlu hanyalah web browser dan talian internet :)

Cara-caranya?

1. Buka web browser anda. (Chrome/ Mozilla/ etc).
2. Taip web.telegram.org


 2. Ia akan keluar satu kotak macam ni.






2. Pilih negara anda = Malaysia



3. Masukkan no handphone anda. Country code +60 tu dah ada secara default. Just taip nombor berikutnya. Lepas tu klik "Next >"




4. Kita akan terima kod melalui SMS. Atau di apps Telegram di handphone (sekiranya memang ada install). Masukkan kod tu di ruang yang disediakan dan klik "Next >"






 5. Paparan di browser akan kelihatan seperti di bawah.


Ok, anda dah boleh mula menghantar mesej! 

Friday, 29 January 2016

Cara Nak Tahu Member Group Dah Baca Mesej Dalam Group Whatsapp

Ramai lagi rupanya yang tak tahu macam mana nak tahu member dalam group yang dah baca mesej dalam group Whatsapp.
Kalau sebelum ini, kita tahu mesej perseorangan kalau dah baca mesti akan keluar blue tick. Begitu juga dengan group Whatsapp itu kalau dah semua baca baru keluar blue tick. Tetapi kita boleh tahu dalam group berapa member yang sudah baca dalam group whatsapp.

Blue tick pada group whatsapp akan muncul jika ke semua ahli sudah membaca

Cara untuk Mengetahui Member Group Dah Baca Mesej Dalam Group Whatsapp

Caranya adalah seperti berikut :
  1. Pergi ke Group Whatsapp
  2. Klik Mesej yang korang hantar kat group
  3. Klik lama sikit kat mesej korang nanti keluar gambar macam kat bawah. Hanya mesej kita je yang boleh tahu siapa member yang dah baca.
  4. Pastu klik logo bulat yang ada huruf i 
  5.  

     
5.  Kemudian akan keluar gambar seperti di bawah. Kita boleh tahu member group dah baca mesej dalam group whatsapp ‘read by’ adil. Jadi maknanya adil sahaja yang dah baca mesej kita dalam group. Lagi dua member belum baca.




Cuba test sendiri pula kat whatsapp. Semoga berjaya 


Tuesday, 26 January 2016

Cara nak baca whatsapp orang lain






Sila gunakannya untuk tujuan mencari ilmu dan kebaikan.

Peringatan, saya hanya menunjukkan caranya, dan saya tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan anda.
Dengan meneruskan membaca entri ini, anda bersetuju untuk menanggung sendiri risiko yang akan berlaku dan tidak akan melibatkan saya atas tindakan yang anda lakukan

Caranya simple
Pertama 
anda perlukan handphone mangsa.
Defnisi mangsa disini adalah orang yang anda nak hack whatsappnya. Contohnya whatsapp awek anda.
Jadi, langkah pertama anda perlu dapatkan telefon awek anda yang digunakan untuk whatsapp.

Langkah kedua, anda perlu download software maxxspy, kalau mangsa menggunakan telefon android, download software maxxspy untuk android kat sini atau search MaxxSpy apk URL.


Bila dah download, pastikan anda setting supaya membenarkan pemasangan software yg bukan dari market atau google play
Contohnya macam ni.





Atau macam ni.



 



Lepas tu install guna package installer atau apa-apa yang boleh digunakan untuk install app bukan melalui google play.
Bila dah install, daftar atau login menggunakan akaun maxxspy.






Lepas tu set apa yang korang nak tengok kat telefon mangsa tu, dan login ke MaxxSpy.Com untuk tengok semua benda tu termasuklah whatsapp orang lain yang menjadi mangsa anda.




Monday, 25 January 2016

Cara Nak Recoil Rokok Elektronik / Vapor

Setiap pengguna rokok elektronik pasti akan melalui pengalaman yang sama contohnya untuk buat recoil tank sendiri cuma cepat sebaik mula atau lambat bagi yang memulakan dengan coil head pakai dan ganti.

Sebelum keluarnya tank yang menggunakan coil head pakai dan ganti setiap vapers pasti terpaksa belajar cara nak recoil tank yang pada mulanya mungkin terasa agak leceh, “adoi nak vape…nak kena recoil lagi … ” tetapi ia sebenarnya adalah perkara yang mudah apabila sudah selalu buat, tak lebih dari 10 minit pun bergantung kepada jenis rba di gunakan.


Peralatan yang paling asas untuk cara nak recoil tank yang boleh di dapati dimana-mana kedai hardware adalah seperti tweezer(stainless steel atau ceramic), cutter snip, mata drill(drill bit) dan gunting. Kanthal atau wire yang hendak dililit selalunya boleh di dapati di kedai vape yang juga datang dalam pelbagai saiz kanthal contohnya Alien Wire 20awg, 22awg, 26awg, 28awg, 30 awg dan jenis Nicro 30awg.



rokokelektronik-ceramictweezer rokokelektronik-stainlesssteeltweezer



rokokelektronik-drillbit rokokelektronik-Alien-Kanthal-Wire-5m

rokokelektronik-sidesnipewirecutter
rokokelektronik-stainlesssteelscissor
 
Apa bezanya fungsi Stainless steel tweezer dan ceramic tweezer ni ?

  • Stainless steel tweezer digunakan sebagai penyepit semasa membina micro-coil, untuk mendapatkan hasil micro coil yang cantik, anda boleh fire dan lepaskan bermaksud panaskan coil dan kepitkan micro-coil anda. Semasa anda mengepit coil dengan stainless steel tweezer, anda perlu lepaskan firing mod anda supaya tidak terjadinya shorting. Ulang beberapa kali sehingga bentuk micro-coil menjadi sekata.
  • Ceramic tweezer lebih mudah di gunakan semasa membentuk micro coil kerana mudahnya kepala ceramic tweezer ini tidak mengalirkan arus semasa kita fire kan coil. Jadi anda boleh menyepit micro coil anda dengan ceramic tweezer dan pada masa yang sama fire mod anda. Tujuannya adalah memanaskan coil anda sehingga kepanasan tertinggi, sepit coil anda sehingga sejuk dan membentuk micro coil dengan cantik. Dengan stainless steel ceramic anda tidak di sarankan menyepit sambil fire kerana stainless steel mengalirkan arus dan mungkin buatkan shorting pada binaan coil anda.
Dan pada ketika ini sudah ada lagi bermacam peralatan khas untuk memudahkan kerja-kerja recoil seperti coil master dan berbagai-bagai lagi.

 

Dengan menggunakan peralatan khas seperti coil master ini, ianya mungkin lebih mudah membina coil pada yang baru sahaja mula untuk belajar membina coil sendiri, tetapi cukup adanya dengan apa pun rod yang mempunyai saiz daimeter di inginkan seperti drill bit.
Cara kita recoil tank menentukan apa yang kita nak:

  • single coil, atau dual coil atau quad coil
  • nak penghasilan vapor yang banyak sahaja ke atau
  • nak rasa ejuice yang padat dan asap yang biasa

Akibat tidak betul cara nak recoil boleh membuatkan rasa ejuice yang tidak naik, senang cite tak kaw la rasanya. Jadi adakala kerja-kerja try and error perlu dibuat dengan tank yang digunakan untuk dapatkan rasa optimum mengikut selera tekak sendiri.

Selepas kita tahu apa yang kita nak kan baru kita boleh mula kan dengan cara nak recoil.

Pada asasnya coil yang dibuat adalah secara micro-coil. Micro coil adalah lilitan kanthal yang dililit mengikut saiz diameter berbeza dan cara lilitan coil itu dibuatkan side by side rapat antara satu lilitan seperti gambar di bawah. Diameter lilitan coil yang boleh dibina dengan berdiameter 2mm, 2.5mm, 3mm atau 3.5mm. Perbezaan diameter coil ini menghasilkan rasa yang berbeza samada dapat rasa ejuice yang kaw atau tak dapat rasa ejuice yang sebenar.




Jadi cara nak recoil ini bergantung kepada saiz kanthal di gunakan yang selalunya di dalam unit AWG(American Wire Gauge), diameter lilitan dan berapa lilitan dibuat.

Contohnya Seperti:
– gunakan Alien wire kanthal nicro 30 awg
– gunakan drill bit berdiamater 2mm
– buat lilitan micro coil 6 lilit

Hasilnya bacaan coil di dalam rba tank adalah 1.2ohm dan setting watt sekitar 13 watt pada box mod anda untuk dapatkan rasa ejuice yang kaw.

Jika ada menggunakan rda dan membina 2 micro coil bacaan ohmnya pasti akan lebih rendah lagi. Jadi apabila bacaan ohm sudah rendah dan berbeza-beza mengikut cara anda bina micro coil anda, kemudian anda kena pastikan mod anda dapat menyokong bacaan ohm yang rendah.

Sesetengah mod hanya mampu menyokong bacaan ohm 0.5 sehingga 3.0 ohm. Jadi jika coil yang anda buat bacaan ohmnya di bawah 0.5 ohm, ini bermakna mod anda tidak dapat fire dan memaparkan ‘low resistance’ atau “shorted” bergantung pada jenis mod yang anda gunakan.


Selalunya mod yang berkapasiti watt tinggi contohnya sehingga 200 watt mampu membaca dan fire jika binaan coil anda sehingga 0.03 ohm.

Nampak macam terlalu teknikal ? sebenarnya ia tak susah, sampai ada kini namakan ianya bukan sekadar vape tapi juga sebagai satu seni recoil.

Jadi secara kesimpulannya, untuk dapatkan cara terbaik untuk recoil :
  • perlu ada kelengkapan yang betul
  • gunakan saiz kanthal yang sesuai mengikut keperluan
  • ketahui cara lilitan terbaik untuk tank digunakan
  • bersesuaian dengan kapasiti box mod anda
  • hasilnya vape yang berkualiti

Sunday, 24 January 2016

Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze

Kini pelbagai faedah teknologi boleh diaplikasikan untuk memaksimakan keuntungan perniagaan. Jadi kita perlu sentiasa alert dengan setiap perkembangan yang setiap hari semakin pantas.

Jika terdahulu aku pernah berkongsi berkenaan cara Letak Lokasi Premis/Kedai Di Google Maps. Diatas permintaan salah seorang pembaca BloggerLelaki.com yang meminta aku buatkan pula cara-cara nak masukkan lokasi kedai ke dalam aplikasi Waze.





Waze adalah aplikasi navigasi GPS yang popular bagi pemilik telefon pintar hari ini. Jadi sudah pastinya para peniaga tidak mahu ketinggalan untuk masukkan lokasi mereka agar mudah dijumpai oleh orang ramai.

Anggaran pengguna Waze di Malaysia juga agak tinggi mencecah 1.4 juta pengguna yang menjadikan Malaysia termasuk dalam Top 5 jumlah pengguna Waze tertinggi di dunia.

Sebenarnya Waze ini juga dimiliki oleh Google. Peta yang digunakan di dalam aplikasi ini juga adalah sama dengan peta yang terdapat pada Google Maps. Satu berita baik buat pemilik premis perniagaan/kedai adalah Waze membenarkan pengguna untuk menambah data sesuatu lokasi.

Sebagai peniaga yang sentiasa mahu maju ke hadapan, peluang ini seharusnya digunakan untuk memudahkan lagi bakal pelanggan anda untuk menuju ke lokasi premis anda dengan bantuan aplikasi Waze.


Cara Masukkan Lokasi Premis/Kedai Di Waze

1. Buka aplikasi Waze pada telefon pintar anda.
2. Klik pada button "Report Traffic".


3. Selepas itu klik pula pada button "Place"



4. Selepas itu anda dikehendaki mengambil gambar. Jika anda ingin masukkan lokasi premis peniagaan/kedai anda adalah lebih sesuai jika ambil gambar bahagian depan kedai anda yang nampak jelas nama kedai anda.


5. Kemudian anda dikehendaki memasukkan nama syarikat / kedai anda.


6. Dan, anda perlu memilih kategori jenis perniagaan anda. Masukkan maklumat yang tepat. Penuhkan juga di ruangan alamt serta nombor telefon supaya senang untuk dihubungi.



7. Selepas selesai, dalam beberapa saat. Lokasi premis perniagaan / kedai anda akan terpapar di dalam peta aplikasi Waze.

Semoga Membantu

Cara Nak Tahu Siapa Unfollow followers Di Instagram


Apps "InstaFollow" ni percuma tapi beberapa feature je yang boleh guna seperti "Gained Followers", "Lost Followers", ''Non-Followers", "Mutual Friends" & "Fans". Yang lain kalau nak jugak kene bayar  Cara nak dapatkan apps ini hanyalah men-download-nya dekat Google Play (untuk pengguna Android). 



Gained Followers

Ada berlaku pertambahan followers dekat Instagram tu. Berapa orang yang dah follow Instagram ikut masa anda aktifkan apps tu. 



Lost Followers

Bila korang kehilangan Followers, haaa disinilah tempatnya nak tengok 



Non-Followers

Ruangan ni paling seronok sebab anda boleh unfollow orang yang tak follow anda lagi. Lagi-lagi yang baru unfollow



Fans

Kalau nak checklah kalau ada yang terlupa 'followback', inilah tempatnya. 



CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU


RAYBAN: Rayban dimiliki oleh syarikat Luxottica Group. Sebuah syarikat Itali setelah membeli dari Bausch & Lomb pada tahun 1998. Jadi kalau anda masih terjumpa stok baru by ‘Bausch & Lomb’, sah-sah ia adalah palsu. Untuk pengetahuan, Luxottica ini juga mengeluarkan kaca mata jenama-jenama mewah yang lain seperti Burberry, D&G, DKNY dan jangan tak tahu, Oakley juga adalah jenama di bawah Luxottica Group. 

Boleh rujuk www.luxottica.com

Jadi, bagaimana nak membezakan produk original dan palsu? Di bawah ini saya senaraikan beberapa tips. 


1. KOTAK

Kenapa kotak? Sebabnya, pengeluar Rayban palsu ini lebih berusaha untuk meniru kaca mata itu sendiri berbanding kotak. Kotak tidak dipamerkan di ruang jualan dan pelanggan biasanya akan membelek kaca mata berbanding kotak. So, tips di sini kalau anda dah belek spek dan bertanya tentang keasliannya, cuba pula tanya soalan ini, “boleh tengok kotak tak?”
Apa yang ada pada kotak?
Pada kotak tersebut ada 1 pelekat yang memaparkan Manufacturer, Model No, Colour Code, Size dan Barcode. Semua ini mestilah sepadan dengan kaca mata yang nak dibeli. Yang turut dicetak pada kaki sebelah kiri spek tersebut,

 

 

Yang di atas ini, kotak untuk Leather Collection. Warna hitam dan tetap ada sticker.

2. CASING/POUCH

Casing untuk Rayban secara asasnya cuma ada dua warna iaitu hitam dan coklat, kecuali merah untuk model rare print, black carbon fiber untuk Rayban Tech dan kelabu dengan tulisan titanium untuk titanium series.
Contoh yang saya tunjuk ini adalah untuk model Aviator RB3025 dan RB3026. RB3025 lebih slim manakala untuk RB3026 lebih besar sesuai dengan saiz kaca matanya juga yang lebih besar. Model Wayfarer juga menggunakan casing yang sama seperti RB3026. Untuk batch yang baru ini, kesemua model RB3025 yang saya ada datang dengan casing warna coklat. Mungkin next batch ada warna hitam pula.

 
Perhatikan perbezaan bentuk dan saiz. Jenis material kulit yang digunakan juga “dull” (tak berkilat), casing palsu mungkin lebih berkilat sebab material murah. Juga perhatikan kedudukan bulatan logo di tepi yang terletak di tengah-tengah antara atas dan bawah. Kedudukan “button” yang selari dengan bahagian bawah logo (rujuk pembaris), tulisan Rayban pada sudut +-30 darjah dan tulisan Rayban pada ‘button’. (Batch sebelum ini tak ada tulisan Rayban pada button)(material macam contoh di atas cuma untuk model-model Aviator, Wayfarer, Clubmaster casing untuk model lain mungkin menggunakan material lain. Mungkin PU leather.)

3. CLOTH & PRINTED MATERIAL

Cloth atau kain lap di “pack” sekali dengan “printed material” dalam 1 plastik dan datang bersama dengan booklet The Icons. Dalam booklet ini ada model-model The Icons, keterangan serta sejarahnya. Booklet ini tak semestinya sentiasa ada. Next batch mungkin tak ada.


casing rayban.jpg

4. LENS STICKER

Sticker pada lens mungkin berbeza-beza. Ada yang bersticker dan ada yang tak ada sticker. Tapi yang paling penting harus diketahui apa makna disebalik sticker berkenaan. Contoh di bawah adalah G-15 (Rayban terkenal dengan lens jenis ini). Green dengan 15% light transmission. 
Jadi kalau lens anda warna selain dari G-15 tapi ada sticker G-15, memang ada yang tak kena. Begitu juga dengan polarized. Kalau ada sticker polarized pada non-polarized lens pun ada yang tak kena juga. Sticker lain adalah Rayban Tech pada model Carbon Fiber dan juga B-15 untuk lens Brown 15% light transmission. (dulu ada B-20 tapi sekarang dah tak ada lens jenis ini.)

5. LENS

Cuba perhatikan kedudukan perkataan Rayban itu. Semuanya pada sudut dan jarak yang sama. Ruang atas antara bingkai dan tulisan pun sama. Yang palsu pula ada yang ke bawah sedikit atau ke atas sedikit ataupun ke tepi sedikit. Perhatikan betul-betul.



rayban g15 sticker.jpg

6. BINGKAI

Pada sebelah kiri kaki spec akan tercetak model, colour code, size dan filter type. Contoh RB3025 AVIATOR LARGE METAL 001/51 58-14 3N. Di bahagian sebelah kanan pula Rayban MADE IN ITALY R CE. Yang palsu pun mungkin ada juga. Jadi, periksa sama ada sepadan dengan kotak ataupun tidak. Anda juga boleh mendapatkan bantuan dari Google. Taip saja model dan colour code, contoh, RB3025 001/51. Kalau keluar sama dengan yang anda ingin beli, anda bernasib baik. Jika sebaliknya, jangan beli.
 
Ada juga beberapa model Rayban untuk pasaran asia mungkin Made In China atau Made In Japan. Kalau anda terjumpa yang seperti ini, tidak semestinya spek itu palsu.


rayban g15 sticker.jpg 

 
7. SKRU

Ramai yang keliru bab skru sebab ramai yang cakap original pun menggunakan skru ( – ). Kalau guna skru ( + ) itu adalah palsu disebabkan model lama Rayban Aviator memang guna skru ( – ). Tetapi semenjak beberapa tahun yang lalu, model Aviator yang baru datang dengan skru ( + ) manakala model Wayfarer masih kekal dengan skru ( – ). Jadi skru ( + ) tidak semestinya palsu.


8. CIRI-CIRI LAIN

Ciri-ciri yang lain adalah pada bawah bridge bertulisan Ray-Ban dengan saiz contoh 58-14. Perhatikan jenis font dan jaraknya. Kemas dan tidak terlalu rapat. Tulisan RB pada nosepad dan juga rekaaan ear pad yang bengkok ke luar.


rayban g15 sticker.jpg
 
Semoga artikel ini membantu anda untuk mengenali yang mana Ray Ban original atau palsu.

Source:- MAR