
Pernah guna Telegram Messenger?
Selain Whatsapp, saya memang guna Telegram Messenger ni. Empayar MFMS
memang gunakan Telegram sebagai platform untuk komunikasi/ perbincangan
bersama berkaitan bisnes dan lain-lain.
Program Now Everyone Can Kurus (NECK) yang saya join dulu pun gunakan
Telegram sebagai medium perantara. Antara kebaikannya sebab boleh
memuatkan lebih ramai ahli kumpulan (berbanding Whatsapp) iaitu 200
orang.
Ok, untuk kali ni saya nak share macam mana nak gunakan aplikasi
Telegram ni di Desktop PC/ Komputer/ laptop. Korang mesti dah tau guna
Whatsapp Web kan.. (ke taktau? Kalau taktau, next post saya share ok :)).
Siapa yang dah pernah guna Whatsapp Web mesti dah tau kesenangannya
untuk menaip masa chatting tu.. kalau guna phone, memang terkedek-kedek
sikit menaip.
Actually sebelum-sebelum ni saya just guna Telegram for Desktop. Ni kena
download software dulu dan install kat PC. Tapi yang saya kurang suka
sebab kena link dengan mobile data di handphone.
Kalau dengan handphone kena USB tethering/ Hotspot lah kat PC. Kalau
guna internet line yang lain (macam di ofis) memang tak boleh.
Disconnected!


Bila di Google, rupanya wujud juga Telegram Web ni. Hehe baru tau huhu..
Fungsi yang sama macam Whatsapp Web. So boleh dah guna Telegram dengan line internet yang sedia ada. So hari ni saya nak share cara nak mula guna Telegram Web.
Tak perlu download atau install apa-apa software ke PC anda. Yang perlu hanyalah web browser dan talian internet :)
Cara-caranya?
1. Buka web browser anda. (Chrome/ Mozilla/ etc).
2. Taip web.telegram.org





5. Paparan di browser akan kelihatan seperti di bawah.
Ok, anda dah boleh mula menghantar mesej!
No comments:
Post a Comment